Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew akui sebak dan terharu sebaik menerima sumbangan RM200,000 daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi misi bantuannya.<br />Menerusi perkongsian di Facebook, Ebit Lew turut menzahirkan rasa bersyukur apabila Tunku Ismail memberi kata semangat dan mendoakan segala urusannya.